Thursday, 18 February 2016

Pertapa Setia

Seseorang yang senantiasa tersenyum riang di hadapanmu,
Ketahuilah dia sering menyapu air matanya tatkala sendirian.
Seseorang yang senantiasa bergurau senda di hadapanmu,
Ketahuilah dialah seorang pemurung tatkala sendirian.
Seseorang yang senantiasa menyuntik kata-kata semangat dan perangsang kepadamu,
Ketahuilah tatkala itu dia sedang menyulam hatinya yang retak seribu.
Seseorang yang senantiasa kelihatan kuat di hadapanmu,
Ketahuilah dialah yang senantiasa mengadu lemah di hadapan Allah sang Pemiliknya.
Seseorang yang ketawanya menceriakan harimu,
Ketahuilah tatkala itu dia sedang membalut duka di dadanya.
Seseorang yang sering memberi hadiah kepadamu,
Ketahuilah dialah insan yang tidak pernah mendapatkannya.
Seseorang yang bebas mengeluarkan cetusan fikirannya,
Ketahuilah dialah seorang ‘pertapa setia’ yang tidak mampu bersuara tatkala sendirian.

#rentiphoto #OriginalPhoto #tamanbunganusantara #cianjur #tamanjepang
Reaksi:

0 komentar:

Post a Comment