Wednesday, 28 May 2014

Gadis

Dia gadis biasa
Tiada berkedudukan
Tidak bergaya
Tidak mesra
Dan kadangkala mengasingkan diri dari kelompok manusia.

Dia tertawa,
Namun tertawanya hanya memamerkan segaris senyuman
Dia menangis,
Namun tangisannya tiada didengar oleh manusia

Orang berkata;
'Kau sombong.'
Dia tersenyum

‘Kau berpura-pura baik’
Dia tersenyum lagi.

Berpaling mukanya ke suatu sudut,

Hatinya bagai dihempas beban yang berat,
Mengalir air matanya. Sayu.
Sungguh, dia bukanlah seteguh Siti Khadijah.
Sungguh, dia tidak sekental Robeatul Adawiyah.
Sungguh, dia tidak sekuat Fatimah.

Dia bukan yang cantik.
Dia tidak sesolehah yang lain.
Dia akui dia tidak sempurna.
Dia bukan seorang Hafizah.
dan seringkali lalai dalam agama.

Dalam tangisannya,
Hatinya kuat berkata;
‘Hidup bukan untuk membuat orang suka, karna redha Allah bukan milik manusia.’

Dia mengesat perlahan pipinya.
Bangkit melangkah laju, I can do it..
Reaksi:

0 komentar:

Post a Comment